Friday, 31 May 2013

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahua’lam..
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.

Wednesday, 29 May 2013

Barisan Kabinet Baru 2013



Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timb Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin

Menteri Di JPM - Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Di JPM - Datuk Abdul Wahid Omar
Menteri Di JPM - Datuk Seri Idris Jala
Menteri Di JPM - Tan Sri Joseph Kurup
Menteri Di JPM - Datuk Seri Shahidan Kassim
Menteri Di JPM - Nancy Shukri
Menteri Di JPM - Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri Di JPM - Datuk Joseph Entulu

Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Razak
Menteri Kewangan 2 - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - G Palanivel

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz

Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M.Saravanan

Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Luar - Anifah Aman

Menteri Kerjaya - Fadillah Yusof

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishamuddin Hussein

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2 - Datuk Seri Idris Jusoh
Timb Menteri Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - P.Kamalanathan

Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Seri Ismail Sabri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Karim

Menteri Sumber Manusia - Datuk Richard Riot

Menteri Kesihatan - Datuk S.Subramaniam

Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah Yusof
Timb Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah Sirlin

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Datuk Mustapa Mohamed.

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Shafie Apdal

Menteri Komoditi Dan Perladangan - Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Menteri Pengangkutan - (Memangku) Datuk Seri Hishamuddin Hussein

Citer TO THE BEAUTIFUL YOU

Assalammualaikum semua... sebelum meneruskan membaca apa yang saya tulis ni saya nak pesan yang ini merupakan aktiviti saya, jadi kalau x suka jangan teruskan pembacaan anda. Hurm.. petang tadi saya baru habis tengok cerita korea bertajuk " TO THE BEAUTIFUL YOU ". Best sangat citer die. Rugi x tengok.

  Camni citer die. Ada sorang perempuan ni masuk sekolah yang hanya budak lelaki jew ade. Nama dia Goo Jae  Hee. Dia orang korea yang tinggal kat amerika. Kiranya dia menyamar jadi  lelaki la ni. Tujuan dia hanya satu iaitu untuk membantu seorang pelajar lelaki kat sekolah tu. Lelaki tu merupakan seorang ahli sukan lompat tinggi. Nama lelaki tu Kang Tae Joon. Dia amat menyanjungi KTJ (Kang Tae Joon) ni sebab dari pemain ni dia dapat semangat untuk tidak mudah berputus asa. GJH (Goo Jae Hee) berpegang pada kata semangat lelaki itu iaitu " Miracle is another name of hardwork". Dia ingin membantu lelaki itu supaya "melompat" semula sebab KTJ dah hilang semangat nak melompat disebabkan kecederaan kakinya dan kematian ibunya. Mula2 sampai kat sekolah tu GJH ditempatkan sebilik dengan KTJ. Ada 2 orang je sebilik. Pada awalnya KTJ tak "minat" sangat dengan kehadiran GJH dalam bilik dia sampaikan sanggup menghalau GJH keluar dari bilik. Tapi lama kelamaan dia mula terima kehadiran GJH dalam bilik tu sebab kesungguhan GJH dalam menaikkan semangat dia untuk melompat semula. Pada masa tu  dia masih tidak tahu bahawa GJH nie sebenarnya perempuan.

  Hinggalah suatu hari ketika KTJ terdengar pergaduhan antara GJH dengan abangnya dari amerika yang memarahinya sebab menyamar jadi lelaki. Sejak dari itulah TKJ tahu yang GJH sebenarnya perempuan. Tapi dia berpura-pura x tahu sebab dia nak GJH sentiasa ada dekat dengannya. KTJ takut apabila GJH tahu yang dia sebenarnya tahu rahsia GJH, GJH bertindak meinggalkannya. Selepas tu bermulalah pelbagai cerita cinta, lucu, sedih dan sebagainya.

  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila tengok sendiri. Download larh dari internet. Best sangat.. memang takkan menyesal punya larh kalau tengok.

  Itu sajalah buat masa sekarang. Nanti saya masukkan lebih banyak "sinopsis" cerita yang saya tengok. Semua best2. OK lah. ASSALAMMUALAIKUM.

"tengok citer tu takpe tapi jangan sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH S.W.T, seorang anak dan seorang pelajar. PEACE hehehe"

Monday, 27 May 2013

Hari pertama buat blog...

Assalammualaikum semua.. hari ini merupakan hari pertama saya buat blog ni. tengok kawan-kawan semua ada blog membuatkan saya teringin nak ada blog sendiri. Saya sendiri x sangka yang saya dah ade blog hehehehe... saya masih baru dalam bidang ni jadi kalau ade apa-apa kekurangan saya mintak maaf. Kalau ade yang tak kena kat mata korang semua harap2 bagilah tunjuk ajar terutamanya orang yang senior dalam bidang pem"blog"an ni hehehe.. Saya bakal menyambung pelajaran di UiTM machang pada 2/6/2013 ni.. diploma perakaunan.. Oklah sampai ini saja untuk hari ni.. hehehe pendek jew kan, takpe sebab saya baru lagi.. nanti kalau saya dah mahir saya akan tulis panjang2 sampai x larat semua nak membaca..
oklah ini saja dari saya buat masa sekarang
assalammualaikum