Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk
pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan.
Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut
menunggu kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor, bapa itu
menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam
bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”
Doktor
tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di
hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu
saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”
“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak
doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK
SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.
Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada
ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan…
Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa
untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”
Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.
“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”
Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat?
Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan
anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…
Jururawat itu tiba-tiba
menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident…
beliau tadi atas urusan perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk
membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik
mengebumikan anaknya.”
jawapan jururawat tu bikin Bapa budak tu tiba2 tergamam.
Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ….
Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.
Adakah kita salah seorang daripadanya ?
No comments:
Post a Comment