Wednesday, 29 May 2013

Citer TO THE BEAUTIFUL YOU

Assalammualaikum semua... sebelum meneruskan membaca apa yang saya tulis ni saya nak pesan yang ini merupakan aktiviti saya, jadi kalau x suka jangan teruskan pembacaan anda. Hurm.. petang tadi saya baru habis tengok cerita korea bertajuk " TO THE BEAUTIFUL YOU ". Best sangat citer die. Rugi x tengok.

  Camni citer die. Ada sorang perempuan ni masuk sekolah yang hanya budak lelaki jew ade. Nama dia Goo Jae  Hee. Dia orang korea yang tinggal kat amerika. Kiranya dia menyamar jadi  lelaki la ni. Tujuan dia hanya satu iaitu untuk membantu seorang pelajar lelaki kat sekolah tu. Lelaki tu merupakan seorang ahli sukan lompat tinggi. Nama lelaki tu Kang Tae Joon. Dia amat menyanjungi KTJ (Kang Tae Joon) ni sebab dari pemain ni dia dapat semangat untuk tidak mudah berputus asa. GJH (Goo Jae Hee) berpegang pada kata semangat lelaki itu iaitu " Miracle is another name of hardwork". Dia ingin membantu lelaki itu supaya "melompat" semula sebab KTJ dah hilang semangat nak melompat disebabkan kecederaan kakinya dan kematian ibunya. Mula2 sampai kat sekolah tu GJH ditempatkan sebilik dengan KTJ. Ada 2 orang je sebilik. Pada awalnya KTJ tak "minat" sangat dengan kehadiran GJH dalam bilik dia sampaikan sanggup menghalau GJH keluar dari bilik. Tapi lama kelamaan dia mula terima kehadiran GJH dalam bilik tu sebab kesungguhan GJH dalam menaikkan semangat dia untuk melompat semula. Pada masa tu  dia masih tidak tahu bahawa GJH nie sebenarnya perempuan.

  Hinggalah suatu hari ketika KTJ terdengar pergaduhan antara GJH dengan abangnya dari amerika yang memarahinya sebab menyamar jadi lelaki. Sejak dari itulah TKJ tahu yang GJH sebenarnya perempuan. Tapi dia berpura-pura x tahu sebab dia nak GJH sentiasa ada dekat dengannya. KTJ takut apabila GJH tahu yang dia sebenarnya tahu rahsia GJH, GJH bertindak meinggalkannya. Selepas tu bermulalah pelbagai cerita cinta, lucu, sedih dan sebagainya.

  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila tengok sendiri. Download larh dari internet. Best sangat.. memang takkan menyesal punya larh kalau tengok.

  Itu sajalah buat masa sekarang. Nanti saya masukkan lebih banyak "sinopsis" cerita yang saya tengok. Semua best2. OK lah. ASSALAMMUALAIKUM.

"tengok citer tu takpe tapi jangan sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH S.W.T, seorang anak dan seorang pelajar. PEACE hehehe"

2 comments: