Hurm hari ni ( sebenarnya semalam ) merupakan hari terakhir aku menjalani MDS ( minggu destini siswa ) ataupun lebih dikenali sebagai minggu orientasi.Pelbagai perkara telah aku lalui sepanjang 6 hari ni. Macam2 suka dan duka telah aku lalui. Apa yang pasti ianya merupakan minggu yang aq takkan lupakan.
Pada hari pertama aq pada minggu MDS ini aku telah lalui bermacam - macam aktiviti. Letih sangat2 tapi best. Kami semua didedahkan tentang keistimewaan UiTM. UiTM dikhaskan kepada bumiputra untuk memartabatkan golongan bumiputra. Sepanjang MDS kami telah mendapat pelbagai maklumat yang sememangnya penting jika kami ingin menjadi pelajar UiTM. Kami juga telah belajar untuk menyanyi lagu kebanggaan UiTM. iaitu WAWASAN SETIA WARGA UITM ( https://www.youtube.com/watch?v=iEfUgqjXz78 ) dan juga UITM DIHATI KU (
https://www.youtube.com/watch?v=1rawlgcdwrI ). sila tekan link yg saya bagi kalau nak dengar lagu yang menjadi kebanggaan warga UiTM.
Saya merupakan pelajar diploma perakaunan. Kami pelajar fakulti perakaunan telah didedahkan tentang kursus yang bakal kami ambil. Aq berazam untuk mencapai ANUGERAH DEKAN bagi setiap semester sepanjang 5 semester kami berada disini. Untuk itu aq perlu belajar bersungguh-sungguh sebab aq bukan belajar untuk diri sendiri tapi untuk kedua-dua orang tuaku.
Pada permulaan minggu MDS kami semua menganggap bahawa para PM sengaja "menndera" kami dengan mengarah kami supaya menepati masa yg sememangnya agak sukar untuk ditepati atas beberapa faktor. Tapi semua anggapan itu terhapus x tersisa apabila para PM membuat sesuatu sesuatu yang tidak kami duga. Pada satu hari MDS ni hujan turun dengan lebatnya dan dewan tempat kami berkumpul agak jauh dari kolej kami. Kami sudah runsing apabila kami fikir yang kami harus balik dalam keadaan hujan lebat. Tapi sesuatu yang x terduga oleh kami semua terjadi apabila sebaik saja kami keluar dari dewan kami melihat para PM berdiri ditengah-tengah hujan yang lebat sambil memegang payung. Kami dibawa sedikit demi sedikit kedewan yang agak jauh dari kolej kediaman dengan berjalan kaki dengan para PM membawa kami sambil memegang payung. Boleh bayangkan x yang para PM yang berjumlah 50 lebih berulang-alik dari dewan ke kolej yang agak jauh untuk membawa kami yang berjumlah 900 lebih. Walaupun mereka memegang payung tapi mereka tetap basah kerana berdiri di dalam hujan yang lebat untuk tempoh masa yang lama. Ianya amat meyentuh hati kami semua sekaligus membuang fikiran negatif tentang para PM.
Pada hari terakhir MDS kami semua telah menyanyikan lagu kenangan terindah beramai-ramai. Memng sedih suasana mase tu. Kami akan terpisah kerana akan bergerak ke kolej kediaman tetap memandangkan bilik yang kami diami semasa MDS merupakan bilik sementara. Walaupun singkat dan kami semua sangat letih tapi minggu MDS ini merupakan minggu yang kami semua xkan dapat lupakan sampai bila2.
p/s : ini ada pesanan saya untuk para pelajar yang bakal mendaftar di UiTM
1) Sila bawa baju yang sudah siap bergosok kerana anda takkan mempunyai masa untuk menggosok baju.
2) walaupun agak mustahil tapi cubalah sedaya upaya untuk menepati masa
3) Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi minggu MSD yang sangat memenatkan badan dan minda.
4) Berikan tumpuan sepenuhnya semasa minggu MDS kerana pelbagai maklumat penting disampaikan semasa minggu tersebut.
5) Tidak perlu bawak laptop kerana anda memang tidak mempunyai masa untuk menyentuhnya.
6) Bawa gula2 ataupun apa sahaja bahan yang dapat menghilangkan mengantuk semasa ceramah disampaikan.
7) Hormati para PM kerana mereka tidak terniat untuk "mendera" kamu walaupun sedikit
itu saja dari saya buat masa sekarang
selamat maju jaya kepada pelajar yang bakal mendaftrarkan diri ke UiTM. anda merupakan seseorang yang sangat bertuah dan pewaris bangsa dan agama.

No comments:
Post a Comment