Wednesday, 12 June 2013

Istemewa kepada para pelajar yang ingin berjaya

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.
10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

Walapun panjang, "Be Intelligent. It takes intelligence and Patience to finish reading it. "Selepas itu praktikan.

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.

Saturday, 8 June 2013

Cerminkan Diri...

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”
Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”
“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.
Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”
Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.
“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”
Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…
Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi atas urusan perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”
jawapan jururawat tu bikin Bapa budak tu tiba2 tergamam.
Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ….
Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.
Adakah kita salah seorang daripadanya ?

Hari Terakhir Orientasi UiTM

Hurm.... ni blog aku kan?... jadi aku boleh tulis apa saja yang aku nak? aku akan jadikan blog aku ni sebagai diari aku.. jadi kepada sesiapa yang tak berminat sila kluar dari blog ini.



  Hurm hari ni ( sebenarnya semalam ) merupakan hari terakhir aku menjalani MDS ( minggu destini siswa ) ataupun lebih dikenali sebagai minggu orientasi.Pelbagai perkara telah aku lalui sepanjang 6 hari ni. Macam2 suka dan duka telah aku lalui. Apa yang  pasti ianya merupakan minggu yang aq takkan lupakan.

  Pada hari pertama aq pada minggu MDS ini aku telah lalui bermacam - macam aktiviti. Letih sangat2 tapi best. Kami semua didedahkan tentang keistimewaan UiTM. UiTM dikhaskan kepada bumiputra untuk memartabatkan golongan bumiputra. Sepanjang MDS kami telah mendapat pelbagai maklumat yang sememangnya penting jika kami ingin menjadi pelajar UiTM. Kami juga telah belajar untuk menyanyi lagu kebanggaan UiTM. iaitu WAWASAN SETIA WARGA UITM ( https://www.youtube.com/watch?v=iEfUgqjXz78 ) dan juga UITM DIHATI KU (
https://www.youtube.com/watch?v=1rawlgcdwrI ). sila tekan link yg saya bagi kalau nak dengar lagu yang menjadi kebanggaan warga UiTM.





  Saya merupakan pelajar diploma perakaunan. Kami pelajar fakulti perakaunan telah didedahkan tentang kursus yang bakal kami ambil. Aq berazam untuk mencapai ANUGERAH DEKAN  bagi setiap semester sepanjang 5 semester kami berada disini. Untuk itu aq perlu belajar bersungguh-sungguh sebab aq bukan belajar untuk diri sendiri tapi untuk kedua-dua orang tuaku.

  Pada permulaan minggu MDS kami semua menganggap bahawa para PM sengaja "menndera" kami dengan mengarah kami supaya menepati masa yg sememangnya agak sukar untuk ditepati atas beberapa faktor. Tapi semua anggapan itu terhapus x tersisa apabila para PM membuat sesuatu sesuatu yang tidak kami duga. Pada satu hari MDS ni hujan turun dengan lebatnya dan dewan tempat kami berkumpul agak jauh dari kolej kami. Kami sudah runsing apabila kami fikir yang kami harus balik dalam keadaan hujan lebat. Tapi sesuatu yang x terduga oleh kami semua terjadi apabila sebaik saja kami keluar dari dewan kami melihat para PM berdiri ditengah-tengah hujan yang lebat sambil memegang payung. Kami dibawa sedikit demi sedikit kedewan yang agak jauh dari kolej kediaman dengan berjalan kaki dengan para PM membawa kami sambil memegang payung. Boleh bayangkan x yang para PM yang berjumlah 50 lebih berulang-alik dari dewan ke kolej yang agak jauh untuk membawa kami yang berjumlah 900 lebih. Walaupun mereka memegang payung tapi mereka tetap basah kerana berdiri di dalam hujan yang lebat untuk tempoh masa yang lama. Ianya amat meyentuh hati kami semua sekaligus membuang fikiran negatif tentang para PM.

 Pada hari terakhir MDS kami semua telah menyanyikan lagu kenangan terindah beramai-ramai. Memng sedih suasana mase tu. Kami akan terpisah kerana akan bergerak ke kolej kediaman tetap memandangkan bilik yang kami diami semasa MDS merupakan bilik sementara. Walaupun singkat dan kami semua sangat letih tapi minggu MDS ini merupakan minggu yang kami semua xkan dapat lupakan sampai bila2.

p/s : ini ada pesanan saya untuk para pelajar yang bakal mendaftar di UiTM
 1) Sila bawa baju yang sudah siap bergosok kerana anda takkan mempunyai masa untuk menggosok baju.
2) walaupun agak mustahil tapi cubalah sedaya upaya untuk menepati masa
3) Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi minggu MSD yang sangat memenatkan badan dan minda.
4) Berikan tumpuan sepenuhnya semasa minggu MDS kerana pelbagai maklumat penting disampaikan semasa minggu tersebut.
5) Tidak perlu bawak laptop kerana anda memang tidak mempunyai masa untuk menyentuhnya.
6) Bawa gula2 ataupun apa sahaja bahan yang dapat menghilangkan mengantuk semasa ceramah disampaikan.
7) Hormati para PM kerana mereka tidak terniat untuk "mendera" kamu walaupun sedikit

itu saja dari saya buat masa sekarang
selamat maju jaya kepada pelajar yang bakal mendaftrarkan diri ke UiTM. anda merupakan seseorang yang sangat bertuah dan pewaris bangsa dan agama.